Monday, November 15, 2010

Lawatan JKPRB ke Segamat /Muar / Kluang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang baru lalu , team JKPRB IKRAM Negeri Johor telah selamat mengadakan lawatan ke beberapa daerah di utara Johor. Ini merupakan daerah-daerah yang terakhir yang dilawati selepas daerah-daerah KulaiJaya, BJB, Pontian, JBT dan Batu Pahat

Tujuan lawatan adalah semata-mata untuk berkongsi SP khusus utk JKPRB dan berkongsi pandangan dengan JKPRB daerah2 berkenaan akan perancangan mereka utk setahun yang akan datang dan melihat apa yang kita boleh disharekan bersama diantara daerah2 tersebut.

Kunjungan team JKPRB yang pertama adalah kedaerah Segamat, perbincangan bermula pada jam 10pg dan berakhir sekitar 12.30tgh.

Team kami telah di sambut oleh Tuan YDP, TYDP dan SU IKRAM daerah Segamat yang mewakili Pengerusi Pemuda IKRAM Segamat yang tidak dapat hadir kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan

Pak Im selaku, Timb Pengerusi JKPRB IKRAm Johor sedang membentangkan SP JKPRB utk dibincangkan bersama,

Diantara mereka yang hadir semasa perbincangan di Pej IKRAM Segamat.

Hadir sama adalah Ust Suhaimi dan Uncle Isa ( mereka tiada dlm gambar).

Selepas pertemuan ini, kami telah sempat menziarahi Akhi Ariffin dan Ukhti Azizah di Batu Anam. Alhamdulillah, seronok dapat bertemu mereka bersama dengan akhi Hisham Walat, Hj Roslan Abd Hamid dan Akhi Md Said@ Pak Arab.

Jam 2ptg kami bertolak ke Muar.

Sampai di Pej IKRAM Muar pada jam 3.30ptg dengan disambut oleh YDP IKRAM Muar beberapa JK IKRAM daerah dan pengerak2 JKPRB IKRAM Muar.

Suasana perbincangan di Pej IKRAM Muar

Antara mereka yang hadir di Muar

JZKK kepada team Muar kerana bersabar menanti kehadiran kami.

InsyaAllah kami nantikan keputusan JKPRB Muar hasil perbincangan kita pada hari tersebut.

6.30ptg bergerak pula untuk bertemu team JKPRB IKRAM Kluang.

8.30mlm , Alhamdulillah kami telah berada di Pej IKRAM Kluang di Simpang Renggam.

Akhi Hadi selaku PIC utk JKPRB IKRAM Kluang sedang membentangkan KRA untuk RnB Kluang

Hadir sama adalah SU IKRAM Kluang.

Alhamdulillah, setiap daerah mempunyai keunikan yang tersendiri.

Kekuatan dan kekurangan yang berbeza antara satu sama lain.

Hasil lawatan ini team JKPRB dapat mengenali lebih dekat dan mendalam bagaimana JKPRB setiap daerah itu bergerak.

InsyaAllah, satu rumusan akan dibentangkan dan kita mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dilaksanakan dalam mengerakkan aktivisme Remaja dan Belia bukan hanya diperingkat negeri, tetapi juga di peringkat daerah-daerah.

Muga Allah mempermudahkan urusan kita.

PakLong

JKPRB IKRAM Johor







No comments:

Post a Comment