Monday, February 28, 2011

Pertandingan Netball sempena Karnival Sukan Masjid

Assalamualaikum WRT WBT

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid telah mengadakan satu Karnival Sukan. Di antara acara yang dipertandingkan adalah Futsal Remaja & Belia, Netball Remaja & Belia, Bowling, Sepak Takraw dan Badminton.

Pada hari ini 27hb Februari 2011, pertandingan Netball terbuka Remaja & Belia telah di jalankan. Seawal jam 8 pagi, peserta-peserta telah berkumpul di gelanggang netball jalan Perubatan, Tmn Universiti.

Sebanyak 8 team telah menyertai perlawanan ini, 3 daripadanya mewakili IKRAM. Kontingen IKRAM yang terdiri daripada Beliawanis IKRAM, alumni KBM & OYEC, rakan-rakan baru dan anak-anak usrah Flat Pulai Utama. Terima Kasih diatas penyertaan.  Team IKRAM 1 (beliawanis & rakan baru IKRAM), IKRAM 2 (Alumni KBM & OYEC), dan IKRAM 3 (anak-anak usrah Flat Pulai Utama).

184947_496730197713_580302713_6017792_3224004_n.jpg (720×540)
Kontingen IKRAM

Dikesempatan ini, kami dapat berjumpa semula dengan beberapa kumpulan yang telah menyertai karnival ini pada tahun lepas sambil berkenalan dan bermuayasyah dengan yang lain. 

181544_496731462713_580302713_6017806_4334854_n.jpg (720×540)
Sebelum perlawanan IKRAM 3

183569_496733597713_580302713_6017865_6301503_n.jpg (720×540)
Jejak kasih bersama kumpulan Al-Ihsan, wakil surau

185955_496734107713_580302713_6017877_4196709_n.jpg (720×540)
Sebelum game penentuan tempat ke 3

183748_496734522713_580302713_6017886_8138992_n.jpg (720×540)
Game penentu tempat ke 3

Keputusan pertandingan:
Tempat Pertama : Al-Ihsan
Tempat Kedua : Al-Hidayah
Tempat Ketiga : IKRAM 1

Tahniah buat para pemenang. Semoga ianya diterima Allah sebagai satu ibadah insyaAllah.

Yang Melaporkan,
Amirah Dayana Azlan
S/U JKPRB JBT

Thursday, February 10, 2011

CSI Valentine's Day

Assalammualaikum wbr semua.

Tanggal 14 Februari 2011, maka genaplah dua tahun usia Kempen Jom Jadi Bijak yang sebelum ini dikenali dengan nama Kempen Anda Bijak Jauhi Zina, bermula dengan pelancaran Kempen ABJZ pada 14 Feb 2009 di Batu Pahat . 14hb Februari adalah tarikh yang  kami pilih untuk majlis perasmian kempen ini di Negeri Johor pada 2009, adalah kerana bagi memberi peluang untuk kita semua ‘refresh’ balik tujuan dan matlamat utama Kempen Jom Jadi Bijak ini dilaksanakan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan kempen ini selama ini. Muga Allah memberikan kita keikhlasan dalam menjayakan kempen ini,. Alhamdulillah lebih 80 program yang berkaitan telah dapat dilaksanakan dapat tempoh tersebut dengan hampir 12,000 orang peserta yang kebanyakkan para remaja dan belia telah dapat diteladani InsyaAllah, muga Allah berkati usaha yang hanya sekelumitnya ini

Sekuntum BUNGA, sekeping kad dan sebungkus coklat. Sesiapa sahaja dengan mudah terbayangkan ritual-ritual ini dengan Hari Valentine. Masyarakat kita dewasa ini terutamanya golongan muda bersama dengan masyarakat seluruh dunia meraikan Mari Memperingati Kekasih atau nama universalnya ’Valentines Day’. Mereka berseronok dengan sambutan tersebut.

Ada apa dengan Valentine? Tanpa mengetahui sejarah asal, dengan sikap ’good follower’ begitu mudah dan bangga sama-sama meraikan Hari Valentine ini.

JK Pemuda Remaja Belia IKRAM Johor melancarkan  Kempen ‘CSI VALENTINES DAY’. JOM JADI BIJAK sama-sama kita kenal ’DI SEBALIK TABIR VALENTINES DAY’ yang sangat menyimpang dengan prinsip Islam di mana perayaan anjuran Islam sebenarnya berupaya meniup ruh yang akan mendekatkan kita kepada Allah dan meneguhkan saf barisan umat Islam dalam era  arus moden ini.

Perayaan Islam tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas kerana penghayatannya menyeluruh dan bertepatan dengan fitrah manusia yang snetiasa inginkan ketenangan, keselamatan dan kasih sayang. Ayuh ! Aktivis Remaja Belia IKRAM dan semua PEMUDA, mari sama-sama kita meyebarluaskan kempen ini.

Semoga artikel dan tazkirah DI SEBALIK TABIR ‘VALENTINES DAY’ dapat  membantu kita semua mengenal apa sebenarnya sambutan Valentines Day itu dan seterusnya berfikir serta mengambil langkah bijak pada 14 Februari, terutama dalam usaha kita mengingatkan anak-anak muda ini.

InsyaAllah artikel yang berkaitan akan dibawa turun sebentar lagi selepas ini didalam FB JJB dan ikram-youth-johor dan serta dalam beberapa mailing list yang berkaitan

Kami berharap agar 14 Februari kali ini (dan tahun-tahun seterusnya) bukanlah di gunakan untuk menyambut Valentines Day, tetapi adalah bagi mengingatkan diri untuk menjadi seorang yang BIJAK, serta mengajak org lain dikeliling kita untuk sama-sama BIJAK.

Muga Allah Rahmati kita semua.



PakLong
Pengerusi
JKPRB IKRAM Neg Johor

TaUFIk

Jom ajak-rakan pemuda-pemudi ke program di atas.

Tuesday, February 1, 2011

PETAI..Program Penggerak dan Otai


Alhamdulillah,,,Program untuk penggerak Remaja dan Belia yang bermula pada 26-1-2011 telah berakhir di Gunung Lambak Resort, Kluang pada 30-1-2011. Program disertai oleh 44 orang penggerak. Tahniah semuanya!