Monday, August 1, 2011

Tawaran Hebat..jangan lepaskan.

Program Remaja dan Belia Sepanjang Ramadan 1432H

Program Ramadan Remaja dan Belia IKRAM Johor. Dijemput semua remaja dan belia berdekatan untuk bersama-sama kami.

3R (Remaja Raikan Ramadan) terbuka kepada semua remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat


“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan keatas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan- kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadhan.