Tuesday, March 27, 2012

Lawatan ke JB



Gambar adik-adik dari Muar bersama pengiring (Cikgu Zainuddin dan Abang Azam) dan Pengerusi JK Remaja dan Belia, Tuan Hj Aminuddin Alias di Kompleks IKRAM Johor. Program lawatan ke JB termasuk Persada (Jom Masuk U), makan tengahari dan sesi bersama pemimpin. Tahniah semuanya.
 — 

24 Mac: Jom Jadi Insan Cemerlang di SMK Sri Tanjung, Benut


18 Mac: Berkayak di Tasik Outbond, UTM



Tuesday, March 13, 2012

Back 2 Nature Camp: IKRAM Teens Pontian

Alhamdulillah seramai  41 orang remaja telah mengikuti program perkhemahan " Back 2 Nature" sempena cuti sekolah anjuran IKRAM Teens Pontian. Program telah diadakan selama 3 hari bermula Jumaat, 9 Mac dan berakhir pada Ahad, 11 Mac di Nurfa Farmstay, Pekan Nanas. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Terimakasih diucapkan kepada semua penceramah dan fasilitator. Penceramah terdiri daridapa saudara Abdul Halim Ali, Ustaz Suhaimi Jairi dan saudara Mohd Zai' Kandar. Terimakasih juga kepada TYDP Pontian, Tuan Hj Ghazali Ibrahim yang merasmikan majlis penutup dan Tuan Hj Aminuddin Alias selaku Pengerusi Remaja dan Belia Negeri  yang turut hadir  dan memberi kata-kata aluan di majlis penutup.

Semoga IKRAM Teens dapat meneruskan Back 2 Nature sebagai program tahunannya

Disertakan 2 gambar. Gambar-gambar lain di FB IKRAM Pontian dan telah dilinkkan ke beberapa page IKRAM


 Hari ke-2:Sebelum masuk ke hutan Lipur Gunung Pulai
 Hari ke-2: Trekking
 Hari pertama: Sesi taaruf
Hari ke-2: Belajar menyembelih ayam
Hari ke-3: Riadah pagi Ahad


Demonstrasi silat di majlis penutup



Tahniah IKRAM Teens Batu Pahat.

KBM SMK TUN SARDON, RENGIT, BATU PAHAT


Alhamdulillah pada 10 dan 11 Mac telah berlangsung KBM sulung IKRAM Teens Batu Pahat tahun 2012. Seramai 95 orang telah hadir dan melibatkan 18 orang Fasilatator daripada UTHM, IPTHO, X-KBM SMKTI dan 5 pengendali. YDP IKRAM Batu Pahat telah hadir pada majlis perasmian penutup. 

Jazakumullah kepada semua yang telah terlibat mengendalikan KBM sulung ini. Jumpa lagi di KBM di SMK Senggarang pada 24 - 25 Mac 2012


...Wassalam

Program 9-10 Mac