Tuesday, March 13, 2012

Back 2 Nature Camp: IKRAM Teens Pontian

Alhamdulillah seramai  41 orang remaja telah mengikuti program perkhemahan " Back 2 Nature" sempena cuti sekolah anjuran IKRAM Teens Pontian. Program telah diadakan selama 3 hari bermula Jumaat, 9 Mac dan berakhir pada Ahad, 11 Mac di Nurfa Farmstay, Pekan Nanas. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Terimakasih diucapkan kepada semua penceramah dan fasilitator. Penceramah terdiri daridapa saudara Abdul Halim Ali, Ustaz Suhaimi Jairi dan saudara Mohd Zai' Kandar. Terimakasih juga kepada TYDP Pontian, Tuan Hj Ghazali Ibrahim yang merasmikan majlis penutup dan Tuan Hj Aminuddin Alias selaku Pengerusi Remaja dan Belia Negeri  yang turut hadir  dan memberi kata-kata aluan di majlis penutup.

Semoga IKRAM Teens dapat meneruskan Back 2 Nature sebagai program tahunannya

Disertakan 2 gambar. Gambar-gambar lain di FB IKRAM Pontian dan telah dilinkkan ke beberapa page IKRAM


 Hari ke-2:Sebelum masuk ke hutan Lipur Gunung Pulai
 Hari ke-2: Trekking
 Hari pertama: Sesi taaruf
Hari ke-2: Belajar menyembelih ayam
Hari ke-3: Riadah pagi Ahad


Demonstrasi silat di majlis penutup


No comments:

Post a Comment