Blog JKPRB (Jawatan Kuasa Pemuda: Belia dan Remaja) Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor. InsyaALlah blog ini akan mempaparkan aktiviti dan perkembangan kami dari masa ke semasa.
Monday, August 1, 2011
Program Remaja dan Belia Sepanjang Ramadan 1432H
Program Ramadan Remaja dan Belia IKRAM Johor. Dijemput semua remaja dan belia berdekatan untuk bersama-sama kami.
3R (Remaja Raikan Ramadan) terbuka kepada semua remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat

3R (Remaja Raikan Ramadan) terbuka kepada semua remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan keatas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan- kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadhan.
Friday, July 15, 2011
Semarak Ramadan 1432H
Senarai Semarak Ramadhan Remaja setakat ini:
1. 9 Julai - SMK St Joseph - 8.00 malam -penceramah sdr Mohd Haneef Zuleffendi (60 peserta)
2. 23 Julai - Masjid Rimba Terjun, Pontian (sempena program STYLE ) 9.00 malam - penceramah: Sabiq Mohd Zain (30-40 peserta)
3. 23 Julai - MRSM Pontian 8.00 malam - penceramah Ustaz Suhaimi Jairi (700 peserta)
4. 23 Julai - Masjid Bandar Baru UDA (100 peserta)
5. 6 Ogos - Pelajar KAA JPNJ di SMKSI, Johor BahruRemaja Raikan Ramadan (3R)
1. 6-7 Ogos - SMKA Johor Bahru (200 peserta)
Monday, June 20, 2011
19 Jun - XPDC Gunung Ledang
19 Jun - Seramai 27 orang peserta telah berjaya sampai ke CP4 (Kolam Gajah), Taman Negara Johor di Gunung Ledang dalam satu ekspedisi anjuran IKRAM Muar dan Belia IKRAM Pontian . Ekspedisi telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat oleh pengarah program, Cikgu Norhan. Pendakian bermula pada jam 8.45 pagi melalui CP1 (Bukit Semput), CP2 dan Laluan Kijang. Akhirnya peserta telah sampai ke destinasi di CP4 (Kolam Gajah) kira-kira jam 11 tengahari.
Seusai berhenti rehat, mandi dan bermain dengan ikan-ikan di Kolam Gajah , pendakian turun bermula pada jam 12.45. Perjalanan turun lebih cepat...kami disambut dengan makanan tengahari yang disediakan oleh Wanita IKRAM Muar yang hadir bersama anak-anak.

Tahniah kepada semua peserta. Terimakasih diucapkan kepada tuan rumah, juga kepada motivator..YDP IKRAM Muar, Cikgu Abdullah (CP4), Cikgu Norhan (CP2), saudara Fadzil (CP1) di sepanjang perjalanan.
InsyaALlah..pastinya kami akan kembali lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)
