
Blog JKPRB (Jawatan Kuasa Pemuda: Belia dan Remaja) Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor. InsyaALlah blog ini akan mempaparkan aktiviti dan perkembangan kami dari masa ke semasa.
Monday, August 1, 2011
Program Remaja dan Belia Sepanjang Ramadan 1432H
Program Ramadan Remaja dan Belia IKRAM Johor. Dijemput semua remaja dan belia berdekatan untuk bersama-sama kami.
3R (Remaja Raikan Ramadan) terbuka kepada semua remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat

3R (Remaja Raikan Ramadan) terbuka kepada semua remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan keatas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan- kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadhan.
Friday, July 15, 2011
Semarak Ramadan 1432H
Senarai Semarak Ramadhan Remaja setakat ini:
1. 9 Julai - SMK St Joseph - 8.00 malam -penceramah sdr Mohd Haneef Zuleffendi (60 peserta)
2. 23 Julai - Masjid Rimba Terjun, Pontian (sempena program STYLE ) 9.00 malam - penceramah: Sabiq Mohd Zain (30-40 peserta)
3. 23 Julai - MRSM Pontian 8.00 malam - penceramah Ustaz Suhaimi Jairi (700 peserta)
4. 23 Julai - Masjid Bandar Baru UDA (100 peserta)
5. 6 Ogos - Pelajar KAA JPNJ di SMKSI, Johor BahruRemaja Raikan Ramadan (3R)
1. 6-7 Ogos - SMKA Johor Bahru (200 peserta)
Monday, June 20, 2011
19 Jun - XPDC Gunung Ledang


Seusai berhenti rehat, mandi dan bermain dengan ikan-ikan di Kolam Gajah , pendakian turun bermula pada jam 12.45. Perjalanan turun lebih cepat...kami disambut dengan makanan tengahari yang disediakan oleh Wanita IKRAM Muar yang hadir bersama anak-anak.

Tahniah kepada semua peserta. Terimakasih diucapkan kepada tuan rumah, juga kepada motivator..YDP IKRAM Muar, Cikgu Abdullah (CP4), Cikgu Norhan (CP2), saudara Fadzil (CP1) di sepanjang perjalanan.
InsyaALlah..pastinya kami akan kembali lagi
Saturday, June 18, 2011
Saturday, June 11, 2011
Program pada 18-19 Jun 2011
Program 18-19 Jun:
1. KBM SMK TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU
Anjuran : Remaja BJB & dibantu sepenuhnya Belia BJB.
2. KBM SMK TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA (STARP), KULAIJAYA
Anjuran : JKPRB KulaijayaAnjuran : Remaja BJB & dibantu sepenuhnya Belia BJB.
2. KBM SMK TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA (STARP), KULAIJAYA
3. KBM SMK TUN ISMAIL, PARIT RAJA
Anjuran : JKPRB Batu Pahat
4. JJB 29 jam SMK DATO' SETH YONG PENG
Anjuran : JKPRB Negeri Johor.
Wednesday, June 1, 2011
Monday, May 30, 2011
Back to Nature Camp, Pontian 27-29 Mei 2011

Alhamdulillah, Kem Cuti Sekolah - Back 2 Nature Camp (B2N) telah diadakan di Homestay Dr Razali di Gunung Pulai (2) selama 21/2 hari. Perkhemahan ini diisi dengan pelbagai aktiviti bertujuan membentuk jatidiri remaja seperti trekking hutan, explorace, belajar menyembelih ayam dan lain-lain. Ianya diselangi dengan ceramah-ceramah motivasi untuk membina kekuatan rohani para peserta.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Walaupun cuma disertai oleh 18 orang remaja, tapi kami yakin mereka akan mencetus dan mengerakkan ramai lagi rakan sebaya di sekolah dan tempat masing-masing. Ramai lagi yang ingin sertai, tetapi terhalang dengan kelas tambahan PMR dan SPM disekolah masing-masing.
Jazakumullahukhairan kepada kem komandan- Aiman Zain, para motivator- Cikgu Amran, Ustaz Rozamli dan saudara Za'i Kandar, fasilitator- saudara Ihsan (INTEC), Afiq (IKIP), Muaz Roslan (UIA), Al Yazid dan Nazrul (UTM). Juga Ustazah Mariah dan Ustaz Suhaimi yang menguruskan makanan dan tak lupa cikgu2 yang menguruskan pengangkutan kami.
Jazakumulullah kepada para penderma. Moga sumbangan kalian akan diganjari berlipat kali ganda oleh Allah.
Program remaja IKRAMTeens Pontian seterusnya akan tertumpu di kawasan dan sekolah para peserta B2N iaitu di Masjid Rimba Terjun, SMK Maahad, SDAHA dan SMK Penggawa Barat. InsyaAllah.
Ada 4 lagi album gambar dalam pautan facebook kami
Sunday, May 15, 2011
Monday, April 25, 2011
Thursday, April 21, 2011
Saturday, April 2, 2011
Program April 2011..Jom Join!
2-3: KBM SMT Johor Bahru
: KBM SMK Yong Peng
16-17: KBM Beliam Ulu Tiram
22-23: Kami Remaja Unggul (KAMU 2)
23: MUB SMK Kempas (BJB)
30-1 Mei: KBM SMK Munsyi Sulaiman (BP)
KBM SMK Tun Ismail , Batu Pahat
22-23: Kami Remaja Unggul (KAMU 2)
23: MUB SMK Kempas (BJB)
23: Rasmi Pejabat & MPN IKRAM Johor
24: PETAI 3
30-1 Mei: KBM SMK Munsyi Sulaiman (BP)
Friday, April 1, 2011
Monday, February 28, 2011
Pertandingan Netball sempena Karnival Sukan Masjid
Assalamualaikum WRT WBT





Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid telah mengadakan satu Karnival Sukan. Di antara acara yang dipertandingkan adalah Futsal Remaja & Belia, Netball Remaja & Belia, Bowling, Sepak Takraw dan Badminton.
Pada hari ini 27hb Februari 2011, pertandingan Netball terbuka Remaja & Belia telah di jalankan. Seawal jam 8 pagi, peserta-peserta telah berkumpul di gelanggang netball jalan Perubatan, Tmn Universiti.
Sebanyak 8 team telah menyertai perlawanan ini, 3 daripadanya mewakili IKRAM. Kontingen IKRAM yang terdiri daripada Beliawanis IKRAM, alumni KBM & OYEC, rakan-rakan baru dan anak-anak usrah Flat Pulai Utama. Terima Kasih diatas penyertaan. Team IKRAM 1 (beliawanis & rakan baru IKRAM), IKRAM 2 (Alumni KBM & OYEC), dan IKRAM 3 (anak-anak usrah Flat Pulai Utama).

Kontingen IKRAM
Dikesempatan ini, kami dapat berjumpa semula dengan beberapa kumpulan yang telah menyertai karnival ini pada tahun lepas sambil berkenalan dan bermuayasyah dengan yang lain.

Sebelum perlawanan IKRAM 3

Jejak kasih bersama kumpulan Al-Ihsan, wakil surau

Sebelum game penentuan tempat ke 3

Game penentu tempat ke 3
Keputusan pertandingan:
Tempat Pertama : Al-Ihsan
Tempat Kedua : Al-Hidayah
Tempat Ketiga : IKRAM 1
Tahniah buat para pemenang. Semoga ianya diterima Allah sebagai satu ibadah insyaAllah.
Yang Melaporkan,
Amirah Dayana Azlan
S/U JKPRB JBT
Thursday, February 10, 2011
CSI Valentine's Day
Assalammualaikum wbr semua.
PakLong
Pengerusi
JKPRB IKRAM Neg Johor
Tanggal 14 Februari 2011, maka genaplah dua tahun usia Kempen Jom Jadi Bijak yang sebelum ini dikenali dengan nama Kempen Anda Bijak Jauhi Zina, bermula dengan pelancaran Kempen ABJZ pada 14 Feb 2009 di Batu Pahat . 14hb Februari adalah tarikh yang kami pilih untuk majlis perasmian kempen ini di Negeri Johor pada 2009, adalah kerana bagi memberi peluang untuk kita semua ‘refresh’ balik tujuan dan matlamat utama Kempen Jom Jadi Bijak ini dilaksanakan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan kempen ini selama ini. Muga Allah memberikan kita keikhlasan dalam menjayakan kempen ini,. Alhamdulillah lebih 80 program yang berkaitan telah dapat dilaksanakan dapat tempoh tersebut dengan hampir 12,000 orang peserta yang kebanyakkan para remaja dan belia telah dapat diteladani InsyaAllah, muga Allah berkati usaha yang hanya sekelumitnya ini
Sekuntum BUNGA, sekeping kad dan sebungkus coklat. Sesiapa sahaja dengan mudah terbayangkan ritual-ritual ini dengan Hari Valentine. Masyarakat kita dewasa ini terutamanya golongan muda bersama dengan masyarakat seluruh dunia meraikan Mari Memperingati Kekasih atau nama universalnya ’Valentines Day’. Mereka berseronok dengan sambutan tersebut.
Ada apa dengan Valentine? Tanpa mengetahui sejarah asal, dengan sikap ’good follower’ begitu mudah dan bangga sama-sama meraikan Hari Valentine ini.
JK Pemuda Remaja Belia IKRAM Johor melancarkan Kempen ‘CSI VALENTINES DAY’. JOM JADI BIJAK sama-sama kita kenal ’DI SEBALIK TABIR VALENTINES DAY’ yang sangat menyimpang dengan prinsip Islam di mana perayaan anjuran Islam sebenarnya berupaya meniup ruh yang akan mendekatkan kita kepada Allah dan meneguhkan saf barisan umat Islam dalam era arus moden ini.
Perayaan Islam tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas kerana penghayatannya menyeluruh dan bertepatan dengan fitrah manusia yang snetiasa inginkan ketenangan, keselamatan dan kasih sayang. Ayuh ! Aktivis Remaja Belia IKRAM dan semua PEMUDA, mari sama-sama kita meyebarluaskan kempen ini.
Semoga artikel dan tazkirah DI SEBALIK TABIR ‘VALENTINES DAY’ dapat membantu kita semua mengenal apa sebenarnya sambutan Valentines Day itu dan seterusnya berfikir serta mengambil langkah bijak pada 14 Februari, terutama dalam usaha kita mengingatkan anak-anak muda ini.
InsyaAllah artikel yang berkaitan akan dibawa turun sebentar lagi selepas ini didalam FB JJB dan ikram-youth-johor dan serta dalam beberapa mailing list yang berkaitan
Kami berharap agar 14 Februari kali ini (dan tahun-tahun seterusnya) bukanlah di gunakan untuk menyambut Valentines Day, tetapi adalah bagi mengingatkan diri untuk menjadi seorang yang BIJAK, serta mengajak org lain dikeliling kita untuk sama-sama BIJAK.
Muga Allah Rahmati kita semua.
PakLong
Pengerusi
JKPRB IKRAM Neg Johor
Tuesday, February 1, 2011
PETAI..Program Penggerak dan Otai
Alhamdulillah,,,Program untuk penggerak Remaja dan Belia yang bermula pada 26-1-2011 telah berakhir di Gunung Lambak Resort, Kluang pada 30-1-2011. Program disertai oleh 44 orang penggerak. Tahniah semuanya!


Friday, January 28, 2011
PETAI..Program Penggerak dan Otai

Hujung minggu ini seramai 45 orang ajk & penggerak Remaja dan Belia IKRAMseluruh Johor akan bersama dalam PETAI 2011 (Program Penggerak dan Otai) anjuran JK Pemuda Remaja dan Belia IKRAM Johor.. moga program berjalan dengan baik, objektif tercapai dan bermanfaat buat semua..
Futsal Belia di Pontian
Pada 26-1-2011 sekitar 9.30 hingga 11.30 malam telah diadakan perlawanan persahabatan antara Belia IKRAM Pontian dengan 2 pasukan futsal yang terdiri dari guru-guru sekitar Daerah Pontian. Diakhir program, ada tazkirah dan pengenalan IKRAM oleh Cikgu Amran Rahmat dan cenderahati kepada semua pasukan.

Program folo-up seterusnya (majlis ilmu) ialah pada hari Ahad, 13 Febuari jam 9.00 - 11.00 pagi di Pejabat IKRAM Pontian beralamat no 16-1, jalan delima 7, Pusat Perdagangan Pontian ( belakang maybank) Jom ajak rakan belia saudara dan saudari

Subscribe to:
Posts (Atom)