Monday, February 28, 2011

Pertandingan Netball sempena Karnival Sukan Masjid

Assalamualaikum WRT WBT

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid telah mengadakan satu Karnival Sukan. Di antara acara yang dipertandingkan adalah Futsal Remaja & Belia, Netball Remaja & Belia, Bowling, Sepak Takraw dan Badminton.

Pada hari ini 27hb Februari 2011, pertandingan Netball terbuka Remaja & Belia telah di jalankan. Seawal jam 8 pagi, peserta-peserta telah berkumpul di gelanggang netball jalan Perubatan, Tmn Universiti.

Sebanyak 8 team telah menyertai perlawanan ini, 3 daripadanya mewakili IKRAM. Kontingen IKRAM yang terdiri daripada Beliawanis IKRAM, alumni KBM & OYEC, rakan-rakan baru dan anak-anak usrah Flat Pulai Utama. Terima Kasih diatas penyertaan.  Team IKRAM 1 (beliawanis & rakan baru IKRAM), IKRAM 2 (Alumni KBM & OYEC), dan IKRAM 3 (anak-anak usrah Flat Pulai Utama).

184947_496730197713_580302713_6017792_3224004_n.jpg (720×540)
Kontingen IKRAM

Dikesempatan ini, kami dapat berjumpa semula dengan beberapa kumpulan yang telah menyertai karnival ini pada tahun lepas sambil berkenalan dan bermuayasyah dengan yang lain. 

181544_496731462713_580302713_6017806_4334854_n.jpg (720×540)
Sebelum perlawanan IKRAM 3

183569_496733597713_580302713_6017865_6301503_n.jpg (720×540)
Jejak kasih bersama kumpulan Al-Ihsan, wakil surau

185955_496734107713_580302713_6017877_4196709_n.jpg (720×540)
Sebelum game penentuan tempat ke 3

183748_496734522713_580302713_6017886_8138992_n.jpg (720×540)
Game penentu tempat ke 3

Keputusan pertandingan:
Tempat Pertama : Al-Ihsan
Tempat Kedua : Al-Hidayah
Tempat Ketiga : IKRAM 1

Tahniah buat para pemenang. Semoga ianya diterima Allah sebagai satu ibadah insyaAllah.

Yang Melaporkan,
Amirah Dayana Azlan
S/U JKPRB JBT

1 comment: