Showing posts with label Segamat. Show all posts
Showing posts with label Segamat. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

JJB di SMKA Segamat

oleh PakLong

Alhamdulillah, program JJB telah berjaya di jalankan di SMKA Segamat pada hari Sabtu 7 Ogos 2010.
Program ini adalah anjuran Persatuan Ting 6, SMKA Segamat. Tahniah dan terima kasih kepada JK Khidmat Masyarakat IKRAM Segamat yang telah sama-sama menjayakan program setengah hari ini

Pengendali ialah Tuan Hj Aminuddin Alias
Mari bermain bersama Abang Aslam...panjang pendek ...
Ketua pelajar mengetuai bacaan ikrar
Program turut disertai oleh kira-kira 30 orang pelajar2 SM Teknik Segamat yang berjiran dengan SMKA Segamat. Sporting betul mereka nie
Penyerahan bunting program kepada wakil SMKA Segamat, Ust Zulkifli sebagai tanda program ini telah diadakan disekolah ini.

Tahniah sekali lagi kepada semua

KBM di UiTM Segamat

oleh PakLongTeam JKPRB IKRAM Johor telah berjaya dengan jayanya menjalankan program KBM untuk siswa tahun satu di UiTM Segamat pada 7 dan 8 Ogos baru-baru ini.

Program ini adalah untuk ahli-ahli baru Kelab Insaf, UiTM SegamatPengendali utama program ialah Pak Uteh (En Hisham Jaffar)

Catatan buat ayahanda bonda pada hari terakhir program

Ucapan penutup dari TYDP Ikram Segamat, Ust Mohd Narawi Mohd Ali

Peserta bersama pengendali fasilitator masing-masing

Semoga program ini menjadi pencetus utk menyemarakkan dakwah dikalangan siswa di UiTM Segamat, muga dipermudahkan akan apa juga usaha dalam memantapkan dakwah kampus disana

Terimakasih dan tahniah kepada semua yang membantu, terutama team JKPRB IKRAM Negeri dan ahli-ahli IKRAM Segamat. Muga Allah berkati



JJB di SMK Sri Kenangan, Segamat

oleh PakLong

Alhamdulillah, team JKPRB IKRAM Johor dengan kerjasama JKPM IKRAM Segamat telah berjaya menjalankan program Jom Jadi Bijak (JJB) di SMK Sri Kenangan, Segamat pada Sabtu 7 hb Ogos yang lalu. Jom tengok gambar



SMK Sri Kenangan merupakan sebuah sekolah cluster di Daerah Segamat.
Kak Fidah kita, pengendali JJB sedang meneladani adik-adik semasa program baru bermula.
Penuh ceria anak-anak ini.Sekitar 270 orang pelajar ikut serta pada pagi tersebut
Bacaan doa dipimpin oleh pengendali muda JJB… Ashraf @ Acap Aminuddin
Bacaan ikrar dari para peserta
Cenderahati untuk pihak sekolah.Gantung cikgu, jangan tak gantung.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini, terutama team JKPRBB dari JB dan ikhwah akhawat dari Segamat.Muga Allah berkati dan rahmati akan apa jua yang telah dilaksanakan.