Tuesday, February 1, 2011

PETAI..Program Penggerak dan Otai


Alhamdulillah,,,Program untuk penggerak Remaja dan Belia yang bermula pada 26-1-2011 telah berakhir di Gunung Lambak Resort, Kluang pada 30-1-2011. Program disertai oleh 44 orang penggerak. Tahniah semuanya!



Friday, January 28, 2011

PETAI..Program Penggerak dan Otai


Hujung minggu ini seramai 45 orang ajk & penggerak Remaja dan Belia IKRAM
seluruh Johor akan bersama dalam PETAI 2011 (Program Penggerak dan Otai) anjuran JK Pemuda Remaja dan Belia IKRAM Johor.. moga program berjalan dengan baik, objektif tercapai dan bermanfaat buat semua..

Futsal Belia di Pontian

Pada 26-1-2011 sekitar 9.30 hingga 11.30 malam telah diadakan perlawanan persahabatan antara Belia IKRAM Pontian dengan 2 pasukan futsal yang terdiri dari guru-guru sekitar Daerah Pontian. Diakhir program, ada tazkirah dan pengenalan IKRAM oleh Cikgu Amran Rahmat dan cenderahati kepada semua pasukan.



Program folo-up seterusnya (majlis ilmu) ialah pada hari Ahad, 13 Febuari jam 9.00 - 11.00 pagi di Pejabat IKRAM Pontian beralamat no 16-1, jalan delima 7, Pusat Perdagangan Pontian ( belakang maybank) Jom ajak rakan belia saudara dan saudari




Tuesday, December 28, 2010

Futsal Remaja IKRAM Kulaijaya

Alhamdulillah, pada 25.12.2010, pertandingan Futsal Remaja IKRAM Kulaijaya telah berlangsung di Gelanggang Sports Prima, berhampiran TESCO Kulai. Aktiviti bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan serta tazkirah ringkas oleh YDP IKRAM Kulaijaya, Ust Ajmain Safar dan berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan ucapan penutup serta penyampaian hadiah kepada pemenang oleh TYDP IKRAM Kulaijaya, PM Zamani Md Zain. Seramai 50 pemain dari 8 pasukan telah berentap dalam pertandingan kali ini. 2 pasukan dari Senai, 1 pasukan dari Indahpura, 2 pasukan dari Bandar Putra dan 3 pasukan dari Taman Putri Kulai. Tahniah kepada JKPRB IKRAM Kulaijaya, Cikgu Rozi (Pengarah Pertandingan), Cikgu Halim, Hasani, Asyraf, Soleh dan Talha yang telah mengurus pertandingan ini.

Slide1.JPG

Pengarah Pertandingan Futsal Remaja IKRAM Kulaijaya, Cikgu Rozi

Slide2.JPG

Ucapan perasmian dari YDP IKRAM Kulaijaya, Ust Ajmain Safar. Sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan urusan walimah anak beliau.

Slide3.JPG

Antara remaja yang mewakili pasukan yang bertanding.

Slide4.JPG

Pasukan Milik Kami FC (Tmn Putri Kulai) vs Sempena FC (Senai)

Slide5.JPG

Pasukan No Keeper (Senai) vs pasukan Hak Kami FC (Tmn Putri Kulai)

Slide6.JPG

Pasukan Milik Kami FC (Tmn Putri Kulai) vs Asal Boleh A (Bandar Putra)

Slide7.JPG

Pasukan Asal Boleh B (Bandar Putra) vs Indahpura Crew (Indahpura)

Slide8.JPG

Pengarah JKPRB Negeri Johor, Hj Aminuddin sempat meluangkan masa menyaksikan pertandingan yang sedang berlangsung.

Slide9.JPG

Penyampaian hadiah kepada juara oleh TYDP IKRAM Kulaijaya, PM Zamani kepada pasukan Hak Kami FC. Naib juara dimenangi oleh pasukan Asal Boleh A dan Asal Boleh B mendapat tempat ketiga.

Slide10.JPG

Gambar beramai-ramai semua pasukan yang mengambil bahagian.

Tuesday, December 21, 2010

ICR @ KJ

Salam,

Alhamdulillah program bersiri untuk remaja, Iman Corner Remaja Siri 1 telah diadakan di Pejabat IKRAM Kulaijaya pada Ahad yang lepas. Program setengah hari itu telah disertai oleh 21 remaja (12 lelaki & 9 perempuan). I.C.R Siri 1 dikendalikan oleh Pak Uteh dan dibantu oleh Abg Soleh, Abg Harun & Abg Talha. Aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Al-Quran Surah Luqman & Solat Dhuha serta kelebihannya, kisah kejadian manusia serta penyediaan KPI 2011.

DSCN0453.JPG

Remaja lelaki.

DSCN0472.JPG

Remaja perempuan.

DSCN0490.JPG

Penyediaan KPI 2011 oleh setiap peserta.

DSCN0486.JPG

Abg Soleh & Abg Harun membantu remaja menyiapkan KPI 2011.

DSCN0488.JPG

Abg Talha turut membantu.

Jazakallah kepada semua yang membantu dan juga pada Abg Harun yang telah menyumbang kudapan ringan. Alhamdulillah seramai 10 orang remaja telah mendaftarkan diri untuk Kelab Remaja IKRAM (6 anak ahli IKRAM dan 4 anak rakan IKRAM). InsyaAllah, Iman Corner Remaja Siri 2 akan diadakan pada 13hb Mac 2011 nanti.