Tuesday, December 28, 2010

Futsal Remaja IKRAM Kulaijaya

Alhamdulillah, pada 25.12.2010, pertandingan Futsal Remaja IKRAM Kulaijaya telah berlangsung di Gelanggang Sports Prima, berhampiran TESCO Kulai. Aktiviti bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan serta tazkirah ringkas oleh YDP IKRAM Kulaijaya, Ust Ajmain Safar dan berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan ucapan penutup serta penyampaian hadiah kepada pemenang oleh TYDP IKRAM Kulaijaya, PM Zamani Md Zain. Seramai 50 pemain dari 8 pasukan telah berentap dalam pertandingan kali ini. 2 pasukan dari Senai, 1 pasukan dari Indahpura, 2 pasukan dari Bandar Putra dan 3 pasukan dari Taman Putri Kulai. Tahniah kepada JKPRB IKRAM Kulaijaya, Cikgu Rozi (Pengarah Pertandingan), Cikgu Halim, Hasani, Asyraf, Soleh dan Talha yang telah mengurus pertandingan ini.

Slide1.JPG

Pengarah Pertandingan Futsal Remaja IKRAM Kulaijaya, Cikgu Rozi

Slide2.JPG

Ucapan perasmian dari YDP IKRAM Kulaijaya, Ust Ajmain Safar. Sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan urusan walimah anak beliau.

Slide3.JPG

Antara remaja yang mewakili pasukan yang bertanding.

Slide4.JPG

Pasukan Milik Kami FC (Tmn Putri Kulai) vs Sempena FC (Senai)

Slide5.JPG

Pasukan No Keeper (Senai) vs pasukan Hak Kami FC (Tmn Putri Kulai)

Slide6.JPG

Pasukan Milik Kami FC (Tmn Putri Kulai) vs Asal Boleh A (Bandar Putra)

Slide7.JPG

Pasukan Asal Boleh B (Bandar Putra) vs Indahpura Crew (Indahpura)

Slide8.JPG

Pengarah JKPRB Negeri Johor, Hj Aminuddin sempat meluangkan masa menyaksikan pertandingan yang sedang berlangsung.

Slide9.JPG

Penyampaian hadiah kepada juara oleh TYDP IKRAM Kulaijaya, PM Zamani kepada pasukan Hak Kami FC. Naib juara dimenangi oleh pasukan Asal Boleh A dan Asal Boleh B mendapat tempat ketiga.

Slide10.JPG

Gambar beramai-ramai semua pasukan yang mengambil bahagian.

No comments:

Post a Comment