Saturday, December 4, 2010

Assalamualaikum


Alhamdulillah, program ‘Open Your Eyes Camp’ ( OYE Camp 2010 ) telah diadakan pada 26~28hb Nov 2010 di tapak perkhemahan Hutan Bandar Putra, Kulaijaya. Program OYE Camp 2010 ini adalah anjuran JKPRB IKRAM Negeri Johor dan JKPRB IKRAM Daerah Kulaijaya. Program 3 hari 2 malam ini telah melibatkan pelajar seramai 126 orang (81 lelaki & 45 perempuan) tingkatan 1~3 yang datang dari kelapan-lapan daerah IKRAM di Johor. Ucapan Jazakallahu khairan kathira kepada semua pengerusi remaja daerah telah berusaha mencari dan menghantar peserta bagi menjayakan program OYE Camp kali ini. Sebahagian dari peserta adalah merupakan anak-anak remaja rakan IKRAM serta remaja yang pernah mengikuti program remaja sebelum ini seperti KBM serta JJB.

Bagi pihak JKPRB IKRAM Daerah Kulaijaya turut merakamkan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira kepada JKPRB IKRAM Negeri Johor telah memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan program OYE Camp 2010 yang pertama kali diadakan.


Pengerusi remaja Daerah IKRAM Kulaijaya, akh Mohd Said Rosman telah diamanahkan untuk menjayakan program ini. Sementara anakanda Irfan Md Nor sebagai Kem Komanden dan dibantu oleh anakanda Amyra Azlan.



Program OYE Camp 2010 telah dirasmikan oleh YDP IKRAM Negeri Johor. Barisan peserta diraikan oleh Prof Dr Arshad Ahmad bersama-sama Pengarah JKPRB Negeri Johor, Hj Aminuddin Alias@Pak Long. Program ini juga sebagai langkah pertama JKPRB Negeri Johor dalam usaha mewujudkan kelab remaja IKRAM daerah yang mana penggeraknya terdiri dari peserta OYE Camp ini yang bersama-sama mengerakkan aktiviti remaja di daerah masing-masing.



Program OYE Camp 2010 bukan sekadar menguji ketahanan fizikal dan mental tetapi antara objektifnya adalah untuk memberi kesedaran kepada remaja untuk menginsafi akan kebesaran Allah swt berpandukan Al-Quran disamping melihat kehebatan ciptaan_Nya dengan memerhatikan kejadian alam di sekeliling mereka. Antara tugasan peserta, dikehendaki membaca beberapa ayat2 Al-Quran yang telah dibahagi2kan mengikut kumpulan dan nombor juz yang menlengkapkan bacaan 30 Juz Al-Quran hingga program ini berakhir.



Alhamdulillah, dengan bantuan Allah swt dan doa dari antum program ini dapat berjalan dengan baik kerana sebelum itu terdapat sedikit kegusaran kerana sekarang musim hujan. Jazakallahu Khairan pada SU IKRAM KJ, saudara Ahmad Hisham yang telah membuat lapuran selari program OYE Camp 2010.


Tahniah kepada semua JKPRB Negeri Johor, JKPRB Daerah serta barisan fasilitator yang telah memberi sumbangan tenaga dan masa untuk bersama-sama menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga kepada akh Hisham Jaafar@Pak Uteh dan ahli usrahnya yang telah menyediakan makanan serta minuman untuk semua. InsyaAllah, moga Allah swt menilai semua usaha kita sebagai amal kebajikan dalam memberi manafaat kepada masyarakat. Sebarang kekurangan harap dimaafkan dan sila maklumkan untuk diperbaiki bagi program yang sama di masa akan datang.



Khalid Liman@Pak Kay

Pengerusi JKPRB IKRAM Daerah Kulaijaya

No comments:

Post a Comment