Monday, June 20, 2011

19 Jun - XPDC Gunung Ledang


19 Jun - Seramai 27 orang peserta telah berjaya sampai ke CP4 (Kolam Gajah), Taman Negara Johor di Gunung Ledang dalam satu ekspedisi anjuran IKRAM Muar dan Belia IKRAM Pontian . Ekspedisi telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat oleh pengarah program, Cikgu Norhan. Pendakian bermula pada jam 8.45 pagi melalui CP1 (Bukit Semput), CP2 dan Laluan Kijang. Akhirnya peserta telah sampai ke destinasi di CP4 (Kolam Gajah) kira-kira jam 11 tengahari.
Seusai berhenti rehat, mandi dan bermain dengan ikan-ikan di Kolam Gajah , pendakian turun bermula pada jam 12.45. Perjalanan turun lebih cepat...kami disambut dengan makanan tengahari yang disediakan oleh Wanita IKRAM Muar yang hadir bersama anak-anak.
Tahniah kepada semua peserta. Terimakasih diucapkan kepada tuan rumah, juga kepada motivator..YDP IKRAM Muar, Cikgu Abdullah (CP4), Cikgu Norhan (CP2), saudara Fadzil (CP1) di sepanjang perjalanan.

InsyaALlah..pastinya kami akan kembali lagi




Saturday, June 11, 2011

Program pada 18-19 Jun 2011

Program 18-19 Jun:

1. KBM SMK TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU
Anjuran : Remaja BJB & dibantu sepenuhnya Belia BJB.

2. KBM SMK TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA (STARP), KULAIJAYA
Anjuran : JKPRB Kulaijaya

3. KBM SMK TUN ISMAIL, PARIT RAJA
Anjuran : JKPRB Batu Pahat

4. JJB 29 jam SMK DATO' SETH YONG PENG
Anjuran : JKPRB Negeri Johor.

Monday, May 30, 2011

Back to Nature Camp, Pontian 27-29 Mei 2011


Alhamdulillah, Kem Cuti Sekolah - Back 2 Nature Camp (B2N) telah diadakan di Homestay Dr Razali di Gunung Pulai (2) selama 21/2 hari. Perkhemahan ini diisi dengan pelbagai aktiviti bertujuan membentuk jatidiri remaja seperti trekking hutan, explorace, belajar menyembelih ayam dan lain-lain. Ianya diselangi dengan ceramah-ceramah motivasi untuk membina kekuatan rohani para peserta.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Walaupun cuma disertai oleh 18 orang remaja, tapi kami yakin mereka akan mencetus dan mengerakkan ramai lagi rakan sebaya di sekolah dan tempat masing-masing. Ramai lagi yang ingin sertai, tetapi terhalang dengan kelas tambahan PMR dan SPM disekolah masing-masing.

Jazakumullahukhairan kepada kem komandan- Aiman Zain, para motivator- Cikgu Amran, Ustaz Rozamli dan saudara Za'i Kandar, fasilitator- saudara Ihsan (INTEC), Afiq (IKIP), Muaz Roslan (UIA), Al Yazid dan Nazrul (UTM). Juga Ustazah Mariah dan Ustaz Suhaimi yang menguruskan makanan dan tak lupa cikgu2 yang menguruskan pengangkutan kami.

Jazakumulullah kepada para penderma. Moga sumbangan kalian akan diganjari berlipat kali ganda oleh Allah.

Program remaja IKRAMTeens Pontian seterusnya akan tertumpu di kawasan dan sekolah para peserta B2N iaitu di Masjid Rimba Terjun, SMK Maahad, SDAHA dan SMK Penggawa Barat. InsyaAllah.

Ada 4 lagi album gambar dalam pautan facebook kami