Blog JKPRB (Jawatan Kuasa Pemuda: Belia dan Remaja) Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor. InsyaALlah blog ini akan mempaparkan aktiviti dan perkembangan kami dari masa ke semasa.
Friday, March 16, 2012
Thursday, March 15, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Back 2 Nature Camp: IKRAM Teens Pontian
Alhamdulillah seramai 41 orang remaja telah mengikuti program perkhemahan " Back 2 Nature" sempena cuti sekolah anjuran IKRAM Teens Pontian. Program telah diadakan selama 3 hari bermula Jumaat, 9 Mac dan berakhir pada Ahad, 11 Mac di Nurfa Farmstay, Pekan Nanas. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Terimakasih diucapkan kepada semua penceramah dan fasilitator. Penceramah terdiri daridapa saudara Abdul Halim Ali, Ustaz Suhaimi Jairi dan saudara Mohd Zai' Kandar. Terimakasih juga kepada TYDP Pontian, Tuan Hj Ghazali Ibrahim yang merasmikan majlis penutup dan Tuan Hj Aminuddin Alias selaku Pengerusi Remaja dan Belia Negeri yang turut hadir dan memberi kata-kata aluan di majlis penutup.
Semoga IKRAM Teens dapat meneruskan Back 2 Nature sebagai program tahunannya
Disertakan 2 gambar. Gambar-gambar lain di FB IKRAM Pontian dan telah dilinkkan ke beberapa page IKRAM
Hari ke-2:Sebelum masuk ke hutan Lipur Gunung Pulai
Hari ke-2: Trekking
Hari pertama: Sesi taaruf
Tahniah IKRAM Teens Batu Pahat.
KBM SMK TUN SARDON, RENGIT, BATU PAHAT
Alhamdulillah pada 10 dan 11 Mac telah berlangsung KBM sulung IKRAM Teens Batu Pahat tahun 2012. Seramai 95 orang telah hadir dan melibatkan 18 orang Fasilatator daripada UTHM, IPTHO, X-KBM SMKTI dan 5 pengendali. YDP IKRAM Batu Pahat telah hadir pada majlis perasmian penutup.
Jazakumullah kepada semua yang telah terlibat mengendalikan KBM sulung ini. Jumpa lagi di KBM di SMK Senggarang pada 24 - 25 Mac 2012
...Wassalam
...Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)
