Tuesday, November 16, 2010

14 November 2010: Jom Jadi Bijak serentak di 6 buah sekolah

Ahad 14 November - Alhamdulillah, team JKPRB telah berjaya memenuhi 6 jemputan untuk mengadakan program yang telah di anjurkan oleh PPD Pasir Gudang


Di SMK Taman Daya program ini telah dihadiri oleh seramai kira2 102 orang pelajar tingkatan 3 dari SMK Taman Daya, SMK Taman Daya 2, SMK Taman Daya 3 dan SMK Mount Austin.

Team JKPRB IKRAM telah diketuai olehPengerusi JKPRB,HJ Aminuddin Alias dengan dibantu oleh Ammar Salleh, Asyraf Aminuddin dan Umayr Saifurrahman.

Di SMK Pasir Gudang, Team JKPRB diketuai Abu Nuha bersama Abang Aslam, Amin & Kak Dila telah dihadiri oleh 128 orang dari 4 buah sekolah di Pasir Gudang iaitu SMK PG2, SMK PG3, SMK Bandar Seri Alam & SMK Seri Alam 2.

Di SMK Tanjung Puteri Resort, program ini dihadiri oleh 135 orang pelajar tingkatan 3 & 4 yang datang dari 4 sekolah yang berlainan iaitu SMK Tanjung Puteri Resort, SMK Taman Pasir Putih, SMK Kota Masai dan SMK Kota Masai 2 bersama guru-guru pengiring. Pengendali ialah saudara Khalid Liman bersama Pemuda IKRAM Kulaijaya.

Di SMK Desa Jaya...125 peserta hadir. Pengendali ialah saudari Rafidah Mahat bersama Pemuda IKRAM JBT.

Di SMK Puteri Wangsa..kehadiran 133 orang. Dari SMK Puteri Wangsa, SMK Desa Cemerlang, SMK Ulu Tiram dan SMK Felda Tebrau. Pengendali saudara Abdul Halim bersama Pak Imam Zailani dan Abang Anas.

Di SMK Kota Puteri 2, Program JJB dikendalikan oleh Hj Mokri Sabran, YDP IKRAM Bandaraya Johor Bahru. Peserta ialah pelajar-pelajar SMK Kota Puteri 1&2, SMK Taman Megah Ria dan SMK Taman Rinting.

Tahniah kepada semua pengendali dan peserta. Terimakasih kepada PPD Pasir Gudang yang memberi peluang untuk kami beramal.


No comments:

Post a Comment