Monday, November 15, 2010

KBM Kembali@SSI

Oleh: Amirah Dayana Azlan


Assalamualaikum

Alhamdulillah wa syukur lillah, Allah memberi izin kepada JKPRB Negeri Johor dan semua JK Remaja Daerah yang terlibat bagi mengadakan program follow-up dengan kerjasasama JPNJ. Program follow up ini adalah hasil daripada program KBM Kelas Aliran Agama bagi 20 buah sekolah daripada daerah Bandaraya Johor Bahru, Perbandaran Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kota Tinggi.


Tahniah buat 81 alumni KBM KAA yang datang dari serata sekolah, ada yang sejauh Semenchu.

KBM Kembali di mulakan dengan program Ice breaking oleh Kak Aizat Atikah bagi lebih mewujudkan kemesraaan di kalangan peserta. Dengan wajah yang cukup seronok dan ceria, para peserta kelihatan lebih bersemangat dan lebih berkerjasama sepanjang program berjalan. Alhamdulillah.

Slot seterusnya dikenalikan oleh Kak Amirah yang tertajuk "U Turn ke Jalan yang Lurus", di mana peserta disajikan dengan video-video sepanjang program KBM sebelum ini, dan mereka di minta untuk menyenaraikan pengajaran yang mereka telah dapat bagi semua slot KBM (KMKY, INTEAM, MAM dan Program Mak Ayah). Dalam masa yang sama, mereka juga menyenaraikan perbezaan yang mereka telah usahakan sepanjang 2 minggu yang lalu.


Alhamdulillah, feedback yang sungguh menggalakkan yang menyejukkan hati. Peserta kelihatan lebih yakin dengan diri sendiri, lebih berani bersuara dan menerima cabaran serta lebih berani mengaku kesilapan. Semua peserta yang berpeluang berkongsi pengalaman perubahan mereka telah menyuarakan pelbagai perkara, termasuklah "Dulu saya suka buli budak, tapi sekarang sblm rasa nak buli, saya fikir 2-3 kali dulu". Alhamdulillah.

Selepas 10 minit rehat, slot seterusnya dikendalikan oleh Abang Azan. Berlakon sebagai seorang ahli Task Force yang menangkap dan menghukum pelajar-pelajar yang bermasalah. Seramai 27 orang pelajar telah disenaraikan dan di minta ke hadapan. Dengan perasaan cuak, peserta-peserta ni datang ke hadapan. Setelah di tanya apa sbnrnya mereka buat sepanjang 2 minggu ni sampai di listkan sebagai "Pelajar KAA di bawah perhatian", mereka semua tunduk tapi masih tak tahu kesalahan apa mereka lakukan.


Kesian dengan melihat riak muka mereka yang sedih, akhirnya kami menyanyikan "Allah Selamatkan Kamu" bagi menyambut hari jadi peserta-peserta yang tarikh lahirnya pada bulan 10 dan 11.


Program diteruskan dengan sesi Kekalkan Perubahan oleh Abang Ammar Salleh di mana peserta di beri tips-tips dalam mengekalkan perubahan yang mereka telah lakukan dan menambah secara istiqamah perubahan yang mereka ingin lakukan.

Slot terakhir oleh Kak Noorhairani adalah Cerita Hati, dimana mereka (peserta) merupakan insan terpilih yang Allah gerakkan hati untuk datang ke program follow-up. Mereka kini merupakan duta dan role model di sekolah dan dikelas masing-masing. Di slot ini, peserta dibahagikan kepada sekolah dan diminta menyenaraikan peranan mereka/tindakan mereka sebagai seorang role model di sekolah. Perjanjian mereka untuk mengekalkan perubahan secara berkumpulan dan usaha mereka untuk menjadi sorang yang musleh.

Sebelum meninggalkan mereka, setiap daerah diberi kesempatan untuk mengiklankan program yang akan dijalankan pada cuti sekolah ini.


Majlis ditutup oleh Ustaz Hakim dari JPNJ yang menyuarakan hasrat dan cabaran buat peserta untuk berubah bukan sahaja dari segi sahsiah, malah dari segi semangat belajar juga.

Terima Kasih diucapkan buat semua fasilitator diatas pengorbanan, tenaga dan masa. Semoga semuanya diterima oleh Allah sebagai ibadah insyaAllah.

No comments:

Post a Comment