Showing posts with label 3R. Show all posts
Showing posts with label 3R. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Apa Remaja Kulaijaya buat semalam...

Ahad 15 Ogos- Seramai 30 orang lebih remaja telah hadir ke program qiamulail yang berlangsung malam tadi di Masjid Ar Rahman Taman Putri, Kulai biarpun makluman kepada pendudukan setempat hanya di buat ketika solat Jumaat. Program adalah anjuran Biro Rakan Muda Masjid Ar Rahman Taman Putri Kulaijaya dan JK Pemuda IKRAM Kulaijaya. Sehari sebelumnya pula, qiamulail pelajar tahun 4-6 turut diadakan di tempat yang sama. InsyaAllah program ini akan dteruskan setiap minggu dan dijangkan kehadiran akan bertambah ramai. Jom tengok apa para remaja ini lakukan sebelum mereka mabit malam tadi sebelum bangun tahajud pagi ini....

Tahniah kepada remaja Taman Putri Kulai. Semoga menjadi contoh kepada remaja-remaja lain.

Tuesday, August 3, 2010

3R di Masjid BBU

As Salam

Alhamdulillah, JK Remaja IKRAM BJB telah berjaya mengendalikan program 3R di Masjid Jamek BBU dengan kerjasama JK Pentadbiran Masjid berkenaan pada Hari Sabtu 31 Julai yang lalu

Disamping program utk remaja, pihak penganjur juga telah mengadakan program utk kanak2 pada masa dan tempat yang sama.

Sebahagian peserta remaja lelaki yang menyertai prog tersebut.

Ini pula sebahagian peserta perempuan diakhir program.

Utk program remaja ini,peserta adalah terdiri dari pelajar-pelajar SM Tun Fatimah, SM Teknik Perdagangan, SM Teknik Azizah dan sekitar BBU itu sendiri dan sekitar 70 peserta telah menyertainya.

Abang Yeob sedang mengendalikan slot penutup

Cenderahati yang cukup menarik utk setiap peserta yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Pengerusi JK Remaja Belia IKRAM Negeri Johor telah berkesempatan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam pertandingan yang telah diadakan.

Nie pula pengendali cilik sedang beraksi.

Akhirkata JZKK kepada semua yang telah sama2 menjayakan acara ini, muga program ini ada manafaatnya. Muga apa jua amalan yang telah dilakukan diterima Allah hendaknya, InsyaAllah . Amin

Yang melapurkan.

PakLong.

... yang sempat menyinggah pada acara penutup sahaja.

Laporan Program 3R di Masjid Taman Universiti




Alhamdulillah, 1 Ogos 2010 JK Remaja & Belia IKRAM JBT telah menjayakan sebahagian daripada program sehari Semarak Ramadan di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti. Program 3R ( Remaja Raikan Ramadan) yang bermula dengan solat Zohor , diikuti sesi Kasih Ramadan, pengisian 3R, solat Asar & Explorace Ramadan dan berakhir sekitar jam 6ptg. Pendek cerita dari mula sampai habis semua cerita Ramadan supaya adik-adik tahu, oh Ramadan dah nak datang, Jom kita kenal Ramadan, apa syoknye Ramadan tu dan kenapa semua orang sibuk dengan Ramadan ni

Sebelum pulang adik-adik ini dibekalkan dengan Borang Graduasi 3R sebagai motivasi sepanjang Ramadan dan juga bookmark Ramadan sebagai cenderahati dari JK Remaja & Belia IKRAM JBT. Ada yang mencadangkan untuk bertemu kembali selepas Ramadan untuk sama-sama nilai hasil borang Graduasi 3R dlm pgm 3R lagi iaitu Remaja Raikan Raya =) .

Terima Kasih diucapkan kepada pihak masjid, AJK masjid, pakcik makcik, kakak abg, adik-adik dan semua yang menyumbang kepada kejayaan program 3R kali ini. Berkat doa semua, alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Semoga usaha ini menjadi pencetus untuk teruskan program-program Remaja Mesra Masjid pada masa akan datang.


Hj. Aminuddin @Paklong: Pengerusi JK Remaja & Belia IKRAM Negeri Johor menyampaikan ucapan pembukaan

Nak Kemana ni dik?

Tak jumpa ke dik? Ramadhan - Meletuk & pop? Ape tu, mercun ke?
Belon & Al-Quran? Ape benda tu? Yang mesra Al-Quran pastilah tersenyum
YDP IKRAM JBT: PM Dr Tholudin menyampaikan hadiah kepada pemenang. Terima Kasih pakcik YDP

Yang melaporkan,
Amirah Dayana Azlan
b/p JK Remaja & Belia JBT





Sunday, August 1, 2010

3R di sana-sini..

Disertakan beberapa gambar sekitar Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) di Masjid Bandar Baru UDA, Johor Bahru dan Masjid Taman Universiti, Skudai. Program di kendalikan oleh Remaja IKRAM Bandaraya Johor Bahru (di Masjid BBU) dan Johor Bahru Tengah ( Masjid Taman U)

masjid BBU: Taklimat dari Abang Yeop, pengarah program sebelum melepaskan peserta ke slot Explorace
"Baca al-quran tanpa tahu makna ada umpama kita tengok semua ingredient kat bungkusan roti tanpa makanpun roti tersebut" - kata Abang Ariff Memang Best
Peserta dibiasakan dengan solat dhuha - ni peserta dari SMT Perdagangan
Abang Ibrahim sedang menguji peserta..
Masjid Taman U: seronok betul di checkpoint ni...
Masjid Taman U: (atas) Spider web... (bawah) bersama abang Taufik