Tuesday, August 3, 2010

Laporan Program 3R di Masjid Taman Universiti




Alhamdulillah, 1 Ogos 2010 JK Remaja & Belia IKRAM JBT telah menjayakan sebahagian daripada program sehari Semarak Ramadan di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti. Program 3R ( Remaja Raikan Ramadan) yang bermula dengan solat Zohor , diikuti sesi Kasih Ramadan, pengisian 3R, solat Asar & Explorace Ramadan dan berakhir sekitar jam 6ptg. Pendek cerita dari mula sampai habis semua cerita Ramadan supaya adik-adik tahu, oh Ramadan dah nak datang, Jom kita kenal Ramadan, apa syoknye Ramadan tu dan kenapa semua orang sibuk dengan Ramadan ni

Sebelum pulang adik-adik ini dibekalkan dengan Borang Graduasi 3R sebagai motivasi sepanjang Ramadan dan juga bookmark Ramadan sebagai cenderahati dari JK Remaja & Belia IKRAM JBT. Ada yang mencadangkan untuk bertemu kembali selepas Ramadan untuk sama-sama nilai hasil borang Graduasi 3R dlm pgm 3R lagi iaitu Remaja Raikan Raya =) .

Terima Kasih diucapkan kepada pihak masjid, AJK masjid, pakcik makcik, kakak abg, adik-adik dan semua yang menyumbang kepada kejayaan program 3R kali ini. Berkat doa semua, alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Semoga usaha ini menjadi pencetus untuk teruskan program-program Remaja Mesra Masjid pada masa akan datang.


Hj. Aminuddin @Paklong: Pengerusi JK Remaja & Belia IKRAM Negeri Johor menyampaikan ucapan pembukaan

Nak Kemana ni dik?

Tak jumpa ke dik? Ramadhan - Meletuk & pop? Ape tu, mercun ke?
Belon & Al-Quran? Ape benda tu? Yang mesra Al-Quran pastilah tersenyum
YDP IKRAM JBT: PM Dr Tholudin menyampaikan hadiah kepada pemenang. Terima Kasih pakcik YDP

Yang melaporkan,
Amirah Dayana Azlan
b/p JK Remaja & Belia JBT





No comments:

Post a Comment