Sunday, August 8, 2010

Malam Amal Saudaraku Palestine di MRSM Pontian

Tahniah kepada putera dan puteri MRSM Pontian yang telah menjayakan program 'Rintihan saudaraku Palestin' pada 6 Ogos tempohari. Program ini adalah dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad. Sebanyak RM 7 ribu telah didermakan kepada tabung anak-anak yatim oleh pelajar-pelajar dan para dermawan.
2 gaya Abang Muadz dalam penyampaiannya. Berdiri bulu roma mendengar nasyid yang penuh bersemangat dari Abang Muadz.

Ceramah disampaikan oleh Dr Fauziah Mohd Hasan (Aktivis Aqsa Syarif Malaysia dan seorang Pakar Perubatan)-gambar atas dan Prof Madya Dr Abdul Rahim Yusof (Aqsa Syarif Johor)-gambar bawah. Semargat mendengarnya...sayu dan syahdu mendengar pengalaman Dr Fauziah yang telah ke Gaza beberapa bulan lepas.
Antara penonton dan tetamu yang hadir..Moga bertambah berkat ilmu yang dipelajari atas penganjuran ini. Tahniah dan selamat belajar semuanya.

No comments:

Post a Comment