Sunday, August 22, 2010

Remaja Raikan Ramadhan (3R) Surau Al-Falah Tmn Senai Utama


Alhamdulillah semalam (21.08.2010), telah diadakan program Remaja Raikan Ramadhan (3R) di Surau Al-Falah Taman Senai Utama, Senai Kulaijaya, yang dikendalikan oleh JK Remaja Belia IKRAM Kulaijaya. Program 3R adalah buat pertama kalinya diadakan di Taman Senai Utama ini. Program bermula jam 11 malam dan berakhir dengan selepas kuliah subuh. Antara slot yang dilalui oleh peserta 3R ini ialah:

· Riben Ramadhan – meneliti semula prestasi amalan ramadhan bagi 10 hari yang telah berlalu & keazaman utk memperbaiki prestasi baki Ramadhan yang akan dilalui, bagaimana hubungan dgn Allah, amalan sunnah Ar Rasul, hubungan dgn ayahibu, rakan2 dan guru.

· Kita Hebat – tazkirah ringkas oleh Abang Ibrahim, menceritakan kehebatan Islam yang telah berlaku semasa dalam bulan Ramadhan.

· Qiamulail

· Kuliah Subuh – Pecutan larian marathon dipertingkatkan di fasa ke2 Ramadhan, oleh Ust Aminuddin Ruskam.


Tazkirah santai oleh Abang Ibrahim


Qiamulail dipimpin oleh adik Megat Ahmad, anak kariah Surau Al-Falah. Makan sahur..

Moga program sulung ini dapat merentasi jalan untuk program2 IKRAM seterusnya kepada masyarakat umum terutama program untuk golongan remaja belia. Moga Allah memberkati usaha kita semua.

No comments:

Post a Comment