Tuesday, August 17, 2010

MADRASAH RAMADAN bersama IKRAM

Assalamualaikum WRT WBT

Apa khabar semua? Semoga bergembira pada hari ke 7 Ramadhan ini. Psst.. Tilawah dah sampai juz brape? Semoga Ramadhan kali ini kita ambil sebanyak manfaat yang boleh.

Sempena Ramadhan ini, IKRAM Youth Johor akan mengadakan program Madrasah Ramadhan bersama IKRAM di setiap daerah insyaAllah. Informasinya boleh dilihat di bawah.


Program Madrasah Ramadhan ini merupakan program penerusan tradisi tahun-tahun yang sebelum ini, di mana peserta akan berkumpul di masjid dengan aktiviti-aktiviti seperti Iftar (berbuka puasa bersama), Tarawikh, Qiamullail dan bermalam di masjid.

Pada esok harinya, peserta akan bertebaran di kawasan masing-masing dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.


Mari bersama kami menambah amal ibadah. Semoga Ramadhan kali ini kita sajikan dengan amal ibadah yang berlipat ganda nilainya. JOM!

No comments:

Post a Comment