Wednesday, August 11, 2010

JJB di SMK Sri Kenangan, Segamat

oleh PakLong

Alhamdulillah, team JKPRB IKRAM Johor dengan kerjasama JKPM IKRAM Segamat telah berjaya menjalankan program Jom Jadi Bijak (JJB) di SMK Sri Kenangan, Segamat pada Sabtu 7 hb Ogos yang lalu. Jom tengok gambar



SMK Sri Kenangan merupakan sebuah sekolah cluster di Daerah Segamat.
Kak Fidah kita, pengendali JJB sedang meneladani adik-adik semasa program baru bermula.
Penuh ceria anak-anak ini.Sekitar 270 orang pelajar ikut serta pada pagi tersebut
Bacaan doa dipimpin oleh pengendali muda JJB… Ashraf @ Acap Aminuddin
Bacaan ikrar dari para peserta
Cenderahati untuk pihak sekolah.Gantung cikgu, jangan tak gantung.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini, terutama team JKPRBB dari JB dan ikhwah akhawat dari Segamat.Muga Allah berkati dan rahmati akan apa jua yang telah dilaksanakan.


Tuesday, August 10, 2010

Aktiviti JKPRB weekend lepas


Remaja Raikan Ramadhan(3R) - Kulaijaya

Jaulah JKPRB ke Segamat..hebat semuanya. Bergambar sebelum ke 3 tempat program

  1. JJB SMKA Segamat ( lead by PakLong)
  2. JJB SMK Sri Kenangan (lead by Fidah)
  3. KBM UiTM Segamat ( lead by Pak Uteh)

Sunday, August 8, 2010

Malam Amal Saudaraku Palestine di MRSM Pontian

Tahniah kepada putera dan puteri MRSM Pontian yang telah menjayakan program 'Rintihan saudaraku Palestin' pada 6 Ogos tempohari. Program ini adalah dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad. Sebanyak RM 7 ribu telah didermakan kepada tabung anak-anak yatim oleh pelajar-pelajar dan para dermawan.
2 gaya Abang Muadz dalam penyampaiannya. Berdiri bulu roma mendengar nasyid yang penuh bersemangat dari Abang Muadz.

Ceramah disampaikan oleh Dr Fauziah Mohd Hasan (Aktivis Aqsa Syarif Malaysia dan seorang Pakar Perubatan)-gambar atas dan Prof Madya Dr Abdul Rahim Yusof (Aqsa Syarif Johor)-gambar bawah. Semargat mendengarnya...sayu dan syahdu mendengar pengalaman Dr Fauziah yang telah ke Gaza beberapa bulan lepas.
Antara penonton dan tetamu yang hadir..Moga bertambah berkat ilmu yang dipelajari atas penganjuran ini. Tahniah dan selamat belajar semuanya.

Thursday, August 5, 2010

Promosi: 2 Program Ramadhan


27 Ogos
Mukhayam Ramadan Remaja & Belia

Tempat : Surau Tmn Sri Kenangan, Segamat.

Yuran : RM 10.00
Peserta : Remaja & Belia yang berpotensi berumur 15 – 20 tahun.
Maklumat lanjut hubungi Mohd Ariff – 017-7993373