Monday, November 15, 2010

Lawatan JKPRB ke Segamat /Muar / Kluang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang baru lalu , team JKPRB IKRAM Negeri Johor telah selamat mengadakan lawatan ke beberapa daerah di utara Johor. Ini merupakan daerah-daerah yang terakhir yang dilawati selepas daerah-daerah KulaiJaya, BJB, Pontian, JBT dan Batu Pahat

Tujuan lawatan adalah semata-mata untuk berkongsi SP khusus utk JKPRB dan berkongsi pandangan dengan JKPRB daerah2 berkenaan akan perancangan mereka utk setahun yang akan datang dan melihat apa yang kita boleh disharekan bersama diantara daerah2 tersebut.

Kunjungan team JKPRB yang pertama adalah kedaerah Segamat, perbincangan bermula pada jam 10pg dan berakhir sekitar 12.30tgh.

Team kami telah di sambut oleh Tuan YDP, TYDP dan SU IKRAM daerah Segamat yang mewakili Pengerusi Pemuda IKRAM Segamat yang tidak dapat hadir kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan

Pak Im selaku, Timb Pengerusi JKPRB IKRAm Johor sedang membentangkan SP JKPRB utk dibincangkan bersama,

Diantara mereka yang hadir semasa perbincangan di Pej IKRAM Segamat.

Hadir sama adalah Ust Suhaimi dan Uncle Isa ( mereka tiada dlm gambar).

Selepas pertemuan ini, kami telah sempat menziarahi Akhi Ariffin dan Ukhti Azizah di Batu Anam. Alhamdulillah, seronok dapat bertemu mereka bersama dengan akhi Hisham Walat, Hj Roslan Abd Hamid dan Akhi Md Said@ Pak Arab.

Jam 2ptg kami bertolak ke Muar.

Sampai di Pej IKRAM Muar pada jam 3.30ptg dengan disambut oleh YDP IKRAM Muar beberapa JK IKRAM daerah dan pengerak2 JKPRB IKRAM Muar.

Suasana perbincangan di Pej IKRAM Muar

Antara mereka yang hadir di Muar

JZKK kepada team Muar kerana bersabar menanti kehadiran kami.

InsyaAllah kami nantikan keputusan JKPRB Muar hasil perbincangan kita pada hari tersebut.

6.30ptg bergerak pula untuk bertemu team JKPRB IKRAM Kluang.

8.30mlm , Alhamdulillah kami telah berada di Pej IKRAM Kluang di Simpang Renggam.

Akhi Hadi selaku PIC utk JKPRB IKRAM Kluang sedang membentangkan KRA untuk RnB Kluang

Hadir sama adalah SU IKRAM Kluang.

Alhamdulillah, setiap daerah mempunyai keunikan yang tersendiri.

Kekuatan dan kekurangan yang berbeza antara satu sama lain.

Hasil lawatan ini team JKPRB dapat mengenali lebih dekat dan mendalam bagaimana JKPRB setiap daerah itu bergerak.

InsyaAllah, satu rumusan akan dibentangkan dan kita mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dilaksanakan dalam mengerakkan aktivisme Remaja dan Belia bukan hanya diperingkat negeri, tetapi juga di peringkat daerah-daerah.

Muga Allah mempermudahkan urusan kita.

PakLong

JKPRB IKRAM Johor







Friday, November 5, 2010

Kem Motivasi dan Sahsiah (KBM KAA JPNJ)


KBM kali ini melibatkan 160 orang pelajar Kelas Aliran Agama ( KAA) dari 18 sekolah terpilih sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Kulai Jaya. Pada masa yang sama program selari untuk seramai 20 orang guru pengiring turut di kendalikan oleh Pemuda IKRAM Johor.

Program yang di kendalikan sepenuhnya oleh Pemuda IKRAM Johor ini adalah anjuran Sektor Pendidikan Agama, Jabatan Pelajaran Negeri Johor ( JPNJ). Program telah selamat dirasmikan oleh Haji Hassan bin Isa, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam. Moga Allah memberkati usaha ini. Ameen.

klik sini untuk lihat gambar
http://www.facebook.com/ikram.malaysia#!/album.php?aid=33628&id=103705673013349

Friday, August 27, 2010

4 Program MARBI (Madrasah ramadan Bersama IKRAM) weekend ini..

Tarikh : 28-29 Ogos 2010 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Masjid Jamik Jalan Parit Masjid, Pontian

Aturcara
Sabtu 28 Ogos : 1.30 ptg - Gotong Royong masak bubur lambuk bersama kariah masjid 4.30 ptg: Agihan bubur lambuk , Program Remaja 7.13mlm: Berbuka, Solat Maghrib 8.25 malam: Isya' dan Tarawih, Tazkirah / Slot IKRAM
10.00 Tadarus, Moreh11.30mlm: Tidur

Ahad 29 Ogos: 4.00 pagi: Qiamullail 5.00 pagi: Sahur
5.46: Subuh dan Tazkirah, Gotong Royong Bersihkan Kubur
8.00 pagi: taklimat dan aktiviti agihan sumbangan sekitar Pontian

Program yang sama, pada masa serentak akan dibuat di 3 masjid sekitar Kulaijaya (bermula dengan qiamullail)iaitu di Masjid ArRahman Taman Puteri, Masjid Jamek Senai dan Masjid Bandar Putra Kulai)

Jom meriahkan...


Monday, August 23, 2010

MADRASAH RAMADAN bersama IKRAM



Assalamualaikum WRT WBT semua

Firman Allah Taala:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Al-Baqarah : 268)

Mari bersama bersedekah dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Sumbanglah apa yang termampu. Dalam bentuk wang ringgit, dan bahan makanan (beras, gula, tepung, susu, etc). Segala bentuk sumbangan kami terima dengan hati terbuka.


Firman Allah lagi:
"Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 271)


Dapatkan maklumat anda dari poster di bawah! Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada nama-nama di bawah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHTDKraDe9b2nIcnfrJK5rSVjBbV9fe1NbZBemzzgFPTomWEYpDe-DdKR1xsSpKXVi0BMt3BhIAegcqwJGkGlpO499ngLT40Ahwc43CbbRwwfp4ad0zuTjG29ScJkoMmLBZNZEGEOQZxM/s1600/poster+copy.jpg

Mari berinfaq di jalan Allah! Ayuh semua!

Sunday, August 22, 2010

Remaja Raikan Ramadhan (3R) Surau Al-Falah Tmn Senai Utama


Alhamdulillah semalam (21.08.2010), telah diadakan program Remaja Raikan Ramadhan (3R) di Surau Al-Falah Taman Senai Utama, Senai Kulaijaya, yang dikendalikan oleh JK Remaja Belia IKRAM Kulaijaya. Program 3R adalah buat pertama kalinya diadakan di Taman Senai Utama ini. Program bermula jam 11 malam dan berakhir dengan selepas kuliah subuh. Antara slot yang dilalui oleh peserta 3R ini ialah:

· Riben Ramadhan – meneliti semula prestasi amalan ramadhan bagi 10 hari yang telah berlalu & keazaman utk memperbaiki prestasi baki Ramadhan yang akan dilalui, bagaimana hubungan dgn Allah, amalan sunnah Ar Rasul, hubungan dgn ayahibu, rakan2 dan guru.

· Kita Hebat – tazkirah ringkas oleh Abang Ibrahim, menceritakan kehebatan Islam yang telah berlaku semasa dalam bulan Ramadhan.

· Qiamulail

· Kuliah Subuh – Pecutan larian marathon dipertingkatkan di fasa ke2 Ramadhan, oleh Ust Aminuddin Ruskam.


Tazkirah santai oleh Abang Ibrahim


Qiamulail dipimpin oleh adik Megat Ahmad, anak kariah Surau Al-Falah. Makan sahur..

Moga program sulung ini dapat merentasi jalan untuk program2 IKRAM seterusnya kepada masyarakat umum terutama program untuk golongan remaja belia. Moga Allah memberkati usaha kita semua.