Blog JKPRB (Jawatan Kuasa Pemuda: Belia dan Remaja) Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor. InsyaALlah blog ini akan mempaparkan aktiviti dan perkembangan kami dari masa ke semasa.
Tuesday, August 17, 2010
MADRASAH RAMADAN bersama IKRAM
Apa khabar semua? Semoga bergembira pada hari ke 7 Ramadhan ini. Psst.. Tilawah dah sampai juz brape? Semoga Ramadhan kali ini kita ambil sebanyak manfaat yang boleh.
Sempena Ramadhan ini, IKRAM Youth Johor akan mengadakan program Madrasah Ramadhan bersama IKRAM di setiap daerah insyaAllah. Informasinya boleh dilihat di bawah.
Program Madrasah Ramadhan ini merupakan program penerusan tradisi tahun-tahun yang sebelum ini, di mana peserta akan berkumpul di masjid dengan aktiviti-aktiviti seperti Iftar (berbuka puasa bersama), Tarawikh, Qiamullail dan bermalam di masjid.
Pada esok harinya, peserta akan bertebaran di kawasan masing-masing dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Mari bersama kami menambah amal ibadah. Semoga Ramadhan kali ini kita sajikan dengan amal ibadah yang berlipat ganda nilainya. JOM!
Monday, August 16, 2010
KBM Kelab Iqra, UTM
oleh PakLong
Alhamdulillah team JK Pemuda- Remaja Belia IKRAM Johor telah berjaya melaksanakan KBM untuk pelajar2 UTM dengan kerjasama Kelab Iqra’ UTM pada Sabtu 14 Ogos ~ Ahad 15 Ogos yang lalu.Program kali ini telah diadakan di Tiram Indah Village ( TIV) Sg Tiram, Johor. Seronok rasanya,bila sesekali berKBM dibulan Ramadhan. KBM ini ialah sebahagian dari Program Kelab Iqra, Gen-Q yang telah bermula pada 13 Ogos.
Saudari Rafidah Mahat dan Siti Hasnor Hasim sebagai pengendali utk sessi pagi hari Sabtu – Sessi KMKY.Pasangan duet yang cukup serasi
PakLong mengambil alih utk sessi sebelah petang – INTEAM
Peserta ketika sessi INTEAM, mendoakan untuk sahabat
Catatan untuk ibu dan ayah
Ini dia peserta lelaki bersama pengendali dan para fasilitator. Harapan untuk dakwah disemarakkan di bumi UTM Skudai akan jauh lebih hebat dari biasa.InsyaAllah..
Peserta perempuan... seperti biasa mereka lebih ramai dari lelaki.
Wakil kelab Iqra’, Asim Ainullotfi menyampaikan cenderahati kepada paklong selaku wakil JK Pemuda – Remaja Belia IKRAm Johor.
Ini pula barisan pengendali yang terdiri dari JK Pemuda- Remaja Belia IKRAM Negeri Johor , Siti Hasnor, Rafidah, Pak Im, PakLong dan seorang pengendali jemputan dari Mesir, anakanda Munawwar Abd Rahman.
Sunday, August 15, 2010
Apa Remaja Kulaijaya buat semalam...
Ahad 15 Ogos- Seramai 30 orang lebih remaja telah hadir ke program qiamulail yang berlangsung malam tadi di Masjid Ar Rahman Taman Putri, Kulai biarpun makluman kepada pendudukan setempat hanya di buat ketika solat Jumaat. Program adalah anjuran Biro Rakan Muda Masjid Ar Rahman Taman Putri Kulaijaya dan JK Pemuda IKRAM Kulaijaya. Sehari sebelumnya pula, qiamulail pelajar tahun 4-6 turut diadakan di tempat yang sama. InsyaAllah program ini akan dteruskan setiap minggu dan dijangkan kehadiran akan bertambah ramai. Jom tengok apa para remaja ini lakukan sebelum mereka mabit malam tadi sebelum bangun tahajud pagi ini....

Tahniah kepada remaja Taman Putri Kulai. Semoga menjadi contoh kepada remaja-remaja lain.
Checklist Ramadhan
Ape khabar adik-adik dan rakan seperjuangan semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan didoakan sentiasa berada dalam rahmah Allah Taala.
Alhamdulillah, kita berpeluang lagi menyambut kedatangan Ramadhan Kareem. Kita berada dalam golongan yang beruntung, kita masih diberi nikmat Iman dan Islam, kita masih berpeluang bertemu semula dengan bulan yang penuh barakah ini. Syukur alhamdulillah.
Dengan kedatangan Ramadhan, semoga kita semua mengambil kesempatan yang hanya 30 hari ini. Kalau difikirkan semula, 4 kali hari jumaat sahaja. Tak lama masa tu adik-adik.
Bila sebut bulan Ramadhan, kita selalu teringat ibadah puasa, solat tarawikh dan raya. Tapi kebanyakkan dari kita tidak sedar bahawa Ramadhan adalah lebih dari itu.
Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);
Allah sebenarnya memberi kita peluang free free je untuk dapatkan pahala. Ape taknye adik-adik, dengan berpuasa sahaja kita dapat pahala. Baca Quran satu huruf pun dapat pahala Allah bagi berganda-ganda time Ramadhan ni. Ada pula solat Tarawikh yang mana terlalu istimewa untuk dikerjakan pada bulan selain Ramadhan. Pada malam hari pula, Allah seolah-olah bagi free pahala melimpah ruah pada mereka yang bangun qiam. Subahanallah adik-adik, takkan kita nak lepaskan peluang ni mcm tu sahaja.
Kalau kita nak lihat diri kita yang sebenarnya, pada bulan Ramadhan lah kita boleh tengok. Diri kita ini tidak dipengaruhi bisikan Syaitan. Jadi kalau kita buat amal baik, alhamdulillah. Lagi best kalau time Ramadhan ni, hati kite semakin tergerak untuk mengerjakan LEBIH ibadah dari biasa.
Tetapi alangkah ruginya mereka yang mengerjakan maksiat dan dosa pada bulan ni. Kerana itulah diri mereka. Bila syaitan tak bisik suruh buat jahat pun, die buat jugak. Ha, mcmane tu adik-adik? Adakah mereka ini sudah terlalu biasa melakukan dosa sehingga sudah menjadi tabiat? Renungkanlah adik-adik. Tepuk dada, tanya Iman.
Adik-adik yang akak sayangi, janganlah lepaskan peluang keemasan ini. Gunakahlah sebaiknya masa Ramadhan ini, kerana kita tak boleh jamin kita dapat bertemu dengannya semula selepas ini. Janganlah nnt bila dah terlambat baru kita menyesal.
Selamat menyambut bulan Ramadhan adik-adik. Carilah pengampunan dari Allah. Beribadahlah untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semoga tahun ini kita tak rugi lagi.
Salam sayang,
KakMyra
AJK Pemuda - Remaja Belia IKRAM JBT
psst.. kat bawah ni ade checklist Ramadhan. Manfaatkan ye.
Wednesday, August 11, 2010
JJB di SMKA Segamat
oleh PakLong
Alhamdulillah, program JJB telah berjaya di jalankan di SMKA Segamat pada hari Sabtu 7 Ogos 2010. Program ini adalah anjuran Persatuan Ting 6, SMKA Segamat. Tahniah dan terima kasih kepada JK Khidmat Masyarakat IKRAM Segamat yang telah sama-sama menjayakan program setengah hari ini
Pengendali ialah Tuan Hj Aminuddin Alias
Mari bermain bersama Abang Aslam...panjang pendek ...
Ketua pelajar mengetuai bacaan ikrar
Program turut disertai oleh kira-kira 30 orang pelajar2 SM Teknik Segamat yang berjiran dengan SMKA Segamat. Sporting betul mereka nie
Penyerahan bunting program kepada wakil SMKA Segamat, Ust Zulkifli sebagai tanda program ini telah diadakan disekolah ini.Tahniah sekali lagi kepada semua

