Monday, August 2, 2010

Kejohanan Futsal Belia IKRAM Pontian.

Ahad 1 Ogos- Alhamdulillah Kejohanan Futsal Belia IKRAM Pontian telah disempurnakan tadi, bertempat di IM Sports and Entertainment, Bandar Pontian. Kejohanan ini telah disertai oleh 6 pasukan. 3 pasukan tuan rumah, 2 dari IKRAM JBT dan 1 pasukan dari IKRAM Kulaijaya.

Kejohanan di mulakan pada jam 11.30 pagi dengan penerangan ringkas IKRAM dan tazkirah oleh YDP IKRAM Pontian, Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar. Seterusnya penerangan tentang peraturan pertandingan oleh Pengarah Program, saudara Nazeri Deraman

Syabas diucapkan kepada penganjur kejohanan, JK Remaja dan Belia IKRAM Pontian. Tahniah kepada semua peserta dan tahniah kepada pasukan IKRAM JBT (B) yang menjadi johan.

Sedikit gambar-gambar sepanjang kejohanan.


Bukan ini yang menjadi rebutan, tapi ukhuwwah yang diutamakan..
Solat Zohor berjemaah di gelanggang sebelum final dan perlawanan penentuan tempat ke 3 dan 4
Johan: IKRAM JBT (B): Menang semua perlawanan dan seri 1..tahniah
tempat ke-2: Pontian A (atas)pengarah program, saudara Nazeri ialah yang berdiri no. 4 dari kiri...tempat ke-3: Pontian B (bawah).
tempat ke4- Pasukan IKRAM Kulaijaya. ada seorang pemain import dari Pontian..

ni sebahagian pemain team remaja Pontian - bersama Pak Im
ni team JBT (A), pelajar UTM - fakulti pendidikan bersama pengurus pasukan mereka, En Hasan Hushin

Sekian, moga dapat berjumpa lagi di kejohanan akan datang.

2 comments: